assalamualaikum.....
hi guys... harini aku nak cerita sikit first time aku pergi satu restoran ni yang terkenal dengan makanan korea iaitu Mr Dakgalbi. aku saja jer nak share experience aku pergi sana , just nak bagitau sedap ke tak.
yang aku pergi ni dekat negeri aku, lokasi di KTCC mall. cantik gak ah sebab boleh tengok view laut sambil kau makan sambil kau feeling2. HAHAHAHAHAHA.
mula2 kau masuk tu kau pergi je duduk dulu, nanti diorang akan hantar menu ni macam kat atas ni. boleh tahan mahal gak ah. aku makan dua orang standby la dalam RM50 , aq ambik yang ala carte je. aq ambik paan grill Mr Dakgalbi RM 24 , yang ni set ayam tau bukan daging. lepastu aku add on ramen, fried rice and cheese. lepastu aku order mineral water 2. total ade la dalam RM 50 semua tu. bagi aku la kan, yang aku order ni boleh makan 3 orang sebab kalau 2 orang tak habis. tapi tak tau la kalau korang jenis makan banyak kan HIHIHIHIHIHI... 
kau jangan gatal2 tangan nak masak sendiri ye . staff dia akan datang masakkan untuk kau, kau tinggal makan je. HAHAHAHHA. ni gambar dalam pan grill je . dia ade bagi side dishes jugak tau.. kimchi, raddish pickle dengan sayur putih aku pun taktau sayur apa nama tapi sedap dooo. bagi aku la kan tak berbaloi sangat pon kau nak makan maggi sampai RM 50 . tapi kan bila kau makan panas2 dengan cheese tu sedap giler weii tapi tu bagi aku la bagi korang aku taktau. HAHAHAHAH.
haaa ni la boyfriend aku poktam. HAHAHAHHA. comel kan walaupun gelap.kitorang makan tak habis pun sebab banyak sangat.tu je kot aku nak share. kepada sesiapa yang nak merasa tu pergilaa kalau tak sedap jangan marah aku ye HIHIHIHI. Bye.
Comments
Post a Comment